Panduan lengkap bagaimana
menerbit sendiri buku dari A-Z


Buat Duit dengan
Terbit Sendiri Buku Anda!




Anda hendak terbit buku?
Sukar mencari penerbit buku?
Hendak belajar menerbit buku?
Hendak buat  bisnes buku secara online hanya dari rumah ataupun pejabat anda?



Pelajari langkah demi langkah bagaimana menerbitkan sendiri
buku anda.

Ditulis oleh seorang pengurus penerbitan sebuah syarikat penerbit buku terkenal di Malaysia hari ini.

Berpengalaman menerbitkan lebih daripada 350 judul buku dalam pelbagai kategori dan diedarkan di MPH, Popular, dan kedai buku seluruh Malaysia.

Kini anda juga boleh menjadi penerbit buku bermodal serendah RM3,000 dan menjana pendapatan tahunan sehingga RM20,000 setahun, bahkan lebih lagi.




Anda Mencari Cara Menambah Pendapatan?

Anda mungkin sekarang masih tercari-cari cara bagaimana hendak menambahkan pendapatan sampingan. Sejak harga minyak naik Jun 2008 lepas, ramai orang susah hati. Apa tidaknya, apabila harga minyak naik sahaja, harga barang pun turut naik.

Segala-galanya naik. Kalau sedikit naiknya tidak mengapa. Tetapi naiknya banyak hingga membebankan semua orang. Bagi yang hidup bujang dan belum ada tanggungan, mungkin tidak terasa sangat. Tetapi bagaimana dengan mereka yang sudah berkeluarga dan ada ramai anak. Sudah tentu pening kepala. Apa tidaknya, harga barang naik melambung-lambung tetapi gaji tetap ditakuk lama.

Sejak harga barang naik, ramai yang sibuk memikirkan dan mencari cara bagaimana hendak menambah pendapatan sampingan. Pelbagai program dan bisnes yang kita dengar sana sini yang menjanjikan pendapatan lumayan. Di akhbar, majalah dan internet, pelbagai tawaran diiklankan bagi menarik orang ramai menyertai bisnes yang ditawarkan. Masing-masing sibuk mencuba bermacam-macam bisnes bagi menambah pendapatan. Ada yang menjadi. Ada yang buang duit sahaja.

Tidak dinafikan, salah satu cara hendak menambah pendapatan ialah dengan bisnes. Jika hendak harapkan gaji naik, berapa sangatlah yang naik. RM50, RM100, RM150? Belum tentu dapat tampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Tauke-tauke bisnes sekarang bukannya sibuk memikirkan berapa hendak naikkan gaji pekerja mereka, tetapi bagaimana hendak kurang kos. Jadi jangan hairan sekarang banyak syarikat yang ditutup ataupun mengurangkan pekerja mereka. Bagaimana dengan anda?

Hendak berjimat? Berapa sangat yang kita dapat jimat setiap bulan daripada hasil duit gaji. Yalah... macam mana hendak jimat jika duit yang masuk tetap sama sedangkan duit yang perlu keluar setiap bulan semakin bertambah. Tidak dapat tidak, bisnes menjadi jalan yang terbaik bagaimana hendak tambah pendapatan.

Jadi anda jangan hairan mengapa kerajaan sendiri sekarang ini menggalakkan kakitangan kerajaan menceburi bisnes secara kecil-kecilan. Sehinggakan kerajaan sangup menyediakan pinjaman bagi mana-mana kakitangan kerajaan yang hendak buat bisnes. Tetapi ada syaratnya, bisnes yang dibuat itu tidak mengganggu tugas harian di pejabat.


Apakah Bisnes yang Sesuai bagi Menambah Pendapatan?


Jika anda sekarang sudah ada pendapatan tetap daripada pekerjaan anda sekarang, tentu anda sedang mencari-cari bisnes yang memenuhi kriteria berikut:


Bisnes itu memerlukan modal kecil sahaja tetapi untungnya besar.
Bisnes itu tidak memerlukan anda memperuntukkan masa yang banyak.
Bisnes itu tidak mengganggu kerja harian anda sebagai kakitangan kerajaan ataupun swasta.
Bisnes itu tidak memerlukan anda menggaji pekerja. Anda seorang diri boleh uruskan.
Bisnes itu anda dapat uruskan dari rumah atau tempat kerja sahaja menggunakan internet.
Bisnes itu tidak memerlukan kedai.
Bisnes itu tidak memerlukan anda menjadi seperti seorang jurujual di jalanan.
Bisnes itu cepat dan mudah dimulakan.

Sudah tentu di luar sana anda ada berjumpa dengan bisnes yang memenuhi kriteria seperti di atas. Jika begitu tahniah diucapkan kepada anda. Bagi anda yang masih tercari-cari bisnes yang memenuhi kriteria seperti di atas, TAHNIAH saya ucapkan kerana anda sudah menemuinya di laman web yang sedang anda tatap ini. Tidak lain dan tidak bukan, bisnes itu ialah bisnes menjual buku yang anda tulis dan terbit sendiri. Mari saya terangkan lebih lanjut.


Selamat Datang ke Dunia Bisnes Buku

Adakah anda memiliki apa-apa kemahiran yang dapat orang lain ambil manfaat?
Adakah anda memiliki hobi yang hendak dikongsi dengan orang lain?
Adakah anda ingin berkongsi cerita menarik dengan orang lain?
Adakah anda ada idea yang dapat membantu orang lain buat duit?
Adakah anda lulus kertas penulisan sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM anda yang lalu?


Jika jawapan anda 'Ya' bagi salah satu daripada soalan di atas, anda layak bergelar penulis. Anda juga sepatutnya layak menerbit buku yang anda tulis itu. Tentu anda gembira apabila melihat buku anda yang terbit itu dipamerkan di rak kedai buku ternama seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya, Syarikat Muda Osman, dan banyak lagi. Anda juga pasti bangga apabila mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit berpuluh ribu ringgit setiap tahun hasil daripada buku yang anda tulis itu.
 
Namun begitu, ada satu masalah yang selalu dihadapi oleh penulis baru seperti anda yang baru pertama kali hendak menerbit buku. Apa masalahnya? Tidak lain dan tidak bukan, penerbit tidak berminat menerbitkan buku anda. Pelbagai alasan diberikan. Antaranya:

Nama anda orang tidak kenal. Jadi susah penerbit hendak jual buku di pasaran nanti terutamanya jika buku yang anda tulis adalah novel.
Cerita yang anda hendak tulis tidak menarik pada pandangan penerbit. Jadi susah hendak jual nanti.
Pasaran buku yang anda tulis terhad. Penerbit mahukan buku yang boleh dijual sehingga 20,000 naskhah setahun.
Penerbit tidak berminat menerbitkan buku teks untuk digunakan oleh pelajar di insitusi di mana anda mengajar. Pasarannya terhad.
Kualiti tulisan anda tidak bagus kerana anda penulis yang baru pertama kali menulis buku. Jadi anda dianggap tiada pengalaman.
Apa yang anda tulis sudah banyak diterbitkan oleh penerbit lain. Penerbit mahukan anda menulis sesuatu yang baru.

Itu adalah alasan yang sering diterima oleh anda yang baru pertama kali hendak menerbitkan buku. Bagaimana pula dengan anda yang sudah ada pengalaman menerbit buku dengan penerbit? Adakah anda gembira selepas buku anda terbit? Adakah apa yang anda angan-angankan selepas buku anda terbit menjadi kenyataan? Jawapannya ialah, ramai penulis tidak gembira dan tidak berpuas hati dengan penerbit buku mereka. Pelbagai rungutan yang dapat kita dengar. Antaranya:

Penerbit tipu penulis. Ada penerbit yang tidak bayar royalti, cetak buku lebih daripada yang dilaporkan, beli manuskrip pada harga murah.
Penerbit tidak mempromosi buku. Ini menyebabkan buku tidak dapat dijual di pasaran. Akibatnya, royalti penulis sedikit dan tidak setimpal dengan usaha menulis buku.
Penerbit lambat bayar royalti. Pelbagai alasan diberikan oleh penerbit sebagai cara melambat-lambatkan bayaran. Ada penulis yang buku mereka sudah 3 tahun terbit tetapi satu sen royalti pun belum mereka terima. Sedangkan tauke-tauke penerbit kelihatan hidup begitu mewah dan sering menukar kereta baru.
Buku tidak cantik. Penulis sering membandingkan buku mereka dengan penulis lain. Antara aspek yang sering dibandingkan ialah kulit buku. Ramai penulis kecewa kerana kulit buku mereka buruk sehingga mereka tidak sanggup mengaku itu buku mereka.

Apa perasaan anda apabila menghadapi pelbagai masalah seperti di atas? Sudah tentu semangat anda luntur. Hasrat menjadi penulis terkenal terus pudar. Impian melihat buku anda terbit dan dipamer di kedai-kedai buku terkenal terus padam.


Apa Pilihan Anda?
 
Tentu anda tertanya-tanya, jika banyak sangat masalah yang dihadapi penulis apabila menerbit dengan penerbit buku, jadi apa pilihan yang anda ada? Jawapannya ialah, anda terbit sendiri buku yang anda tulis itu. 
 
Mengapa? Anda tidak percaya dan tidak yakin hendak terbit sendiri buku anda itu? Memang sewajarnya anda berasa sedemikian. Ini kerana tidak ramai yang tahu bagaimana caranya menerbit buku sebagaimana diri anda. Sebab itu anda berasa tidak yakin. 
 
Proses menerbit buku tidak diajar di sekolah. Di peringkat universiti juga, tidak banyak yang menawarkan kursus penerbitan buku. Jika ada pun kursus itu, bermakna anda perlu menghabiskan lebih daripada RM20,000 bagi mendapatkan segulung ijazah dalam bidang penerbitan dalam tempoh 3-4 tahun.  
 
Namun begitu anda tidak perlu risau. Ini kerana ada sebuah buku yang akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana menerbit sendiri buku. Buku yang saya maksudkan berjudul 'Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku'. Buku ini saya tulis sendiri berdasarkan pengalaman saya selama 8 tahun bertugas di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal di Malaysia sekarang.




Apa Itu Terbit Sendiri?
 
Terbit sendiri bermaksud proses menukar bahan bertulis yang anda miliki ke dalam bentuk buku bercetak ataupun e-book. Bahan bertulis itu sama ada anda sendiri yang tulis ataupun anda mengupah orang lain menulis bagi pihak anda. Kemudian anda memasar, menjual dan mengedar sendiri buku yang diterbitkan kepada kedai buku, pengedar dan pengguna akhir iaitu pembaca. Dengan kata lain anda memiliki kuasa penuh dalam proses penerbitan buku anda. Anda yang membuat keputusan dan anda jugalah yang memikul risikonya.

Terbit sendiri berbeza dengan terbit secara tradisional melalui penerbit buku. Anda menulis dan menyiapkan manuskrip kemudian menghantar manuskrip itu kepada penerbit bagi dinilai. Apabila penerbit setuju menerbit manuskrip anda, proses seterusnya diuruskan oleh penerbit. Ini termasuklah membuat rekabentuk kulit dan halaman, mencetak, memasar, menjual dan mengedar. Anda hanya menunggu bayaran royalti daripada penerbit selepas tempoh tertentu. Dengan kata lain, segala urusan penerbitan dikawal sepenuhnya oleh penerbit. Anda tidak boleh campur tangan dalam proses penerbitan kecuali dibenarkan oleh penerbit.


Bagi memudahkan lagi anda memahami terbit sendiri, hakikatnya apabila anda terbit sendiri, bermakna anda memain-kan peranan sebagai penerbit buku. Bezanya ialah, anda menerbit buku anda sendiri. Tetapi penerbit buku kebanyakannya menerbit buku orang lain.


Apa Kelebihan Anda Terbit Sendiri Buku

1. Anda Mendapat Lebih Banyak Duit

Umumnya, apabila anda menerbit manuskrip dengan mana-mana penerbit, anda akan dibayar royalti. Ada penerbit yang menawarkan royalti sebanyak 10 peratus daripada harga jualan buku. Mungkin ada yang lebih tinggi sehingga mencecah 20 peratus. Secara umumnya, penerbit-penerbit buku di Malaysia menawarkan royalti antara 7 hingga 20 peratus, bergantung pada kedudukan dan prestasi syarikat penerbitan.

Bagaimana royalti dikira? Sebagai contoh anda menerbit judul A dengan penerbit B. Harga buku ialah RM20. Peratus royalti yang ditawarkan pula ialah 10 peratus daripada harga buku. Katakan buku anda dicetak sebanyak 2,000 naskhah dan semuanya habis terjual dalam tempoh setahun. Maka royalti anda seperti berikut:


Royalti buku anda = Peratus royalti x harga jualan x jumlah terjual
= 10% x RM20 x 2,000 
= RM4,000

Mari kita lihat berapa yang bakal anda perolehi jika anda terbit sendiri buku itu. Andaikan harga buku itu masih sama iaitu RM20. Anda berjaya menjual terus kepada pengguna dalam tempoh setahun sebanyak 2,000 naskhah. Jadi pendapatan kasar anda ialah:

Pendapatankasar = Harga buku x jumlah terjual
= RM20 x 2,000 
= RM40,000 

Ini adalah pendapatan kasar sahaja. Bagi mendapat pendapatan sebenar, anda perlulah menolak kos-kos yang terlibat dalam menerbit dan memasarkan sendiri buku anda itu. Sebagai contoh, kos membangunkan buku itu seperti kos membuat rekabentuk halaman dan kulit, membuat filem, mencetak, promosi, membina laman web, penghantaran dan lain-lain. Andaikan jumlah kos yang perlu ditolak RM10,000. Maka pendapatan bersih anda ialah RM40,000 – RM10,000 = RM30,000.

Jadi yang mana lebih banyak? Jika terbit dengan penerbit anda mendapat RM4,000 setahun. Tetapi jika anda terbit sendiri, pendapatan anda ialah RM30,000 setahun. Sudah tentu terbit sendiri lebih untung.


2. Anda Dapat Duit Lebih Cepat

Satu lagi kelebihan terbit sendiri buku ialah, anda tidak perlu tunggu 6 hingga 12 bulan bagi mendapat hasil jualan buku anda. Ini kerana jika anda menjual terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah, anda terus menerima bayaran. Ini berbeza jika anda menerbit dengan penerbit buku. Anda terpaksa tunggu sehingga tempoh tertentu sebelum dibayar royalti.

Industri buku sebenarnya ialah industri kredit. Semuanya berasaskan hutang. Dan hutang itu perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika penerbit menjual buku kepada kedai buku, kedai buku diberi tempoh mungkin 60 hari, 90 hari, ataupun 120 hari sebelum perlu membayar kepada penerbit. Ini bermakna penerbit perlu menunggu sebelum buku yang dijual dibayar harganya oleh kedai. Sebab itulah mengapa penerbit mengambil tempoh lama sebelum dapat membayar royalti kerana jualan yang dibuat bukan berbentuk tunai.


 
3. Buku Anda Terbit Lebih Cepat

Biasanya, apabila penerbit bersetuju menerbit buku anda, penerbit akan memaklumkan bahawa buku anda akan terbit dalam tempoh 18 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima ataupun dari tarikh perjanjian penerbitan ditandatangani. Ada penerbit memberi tempoh 12 bulan dan mungkin ada yang sampai 2 tahun.

Mengapa buku lambat terbit? Sebelum penerbit mengambil keputusan menerbit ataupun tidak manuskrip yang anda hantar, mereka perlu membuat kaji selidik pasaran terlebih dahulu. Mereka juga perlu menilai mutu manuskrip anda dengan cara melantik penilai luar. Selain itu, penerbit perlu mengira untung rugi jika mereka menerbit manuskrip anda. Ini sudah tentu mengambil masa.

Apabila manuskrip anda sudah diterima, penerbit perlu mengatur jadual penerbitan buku anda. Ini termasuklah melantik editor, membuat rekabentuk halaman dan kulit, membuat indeks, mencetak dan sebagainya. Biasanya, penerbit kecil yang hanya menerbitkan 20 judul setahun, mampu menyingkatkan tempoh terbit buku anda. Tetapi jika penerbit itu adalah penerbit besar yang menerbit 200 hingga 300 judul setahun, masa yang diambil lebih panjang. Ini kerana penerbit besar perlu membuat belanjawan terlebih dahulu di samping menyediakan pelan pemasaran yang baik. Selain itu, penerbit mungkin mengalami masalah tenaga kerja editor yang tidak cukup berbanding judul yang banyak bagi diterbitkan.

Apabila anda menerbit sendiri buku anda, sudah tentu anda tidak mengalami masalah seperti di atas. Segalanya terpulang kepada anda. Katakan anda hendak menerbit buku rujukan bacaan pelajar anda sebelum semester bermula, anda pasti dapat menerbitkannya kerana anda sendiri penerbitnya.



4. Jualan Buku Anda Dapat Dilipat Gandakan

Apabila anda menerbit buku dengan penerbit, anda perlu tahu bahawa bukan buku anda seorang yang diterbitkan. Terdapat beratus-ratus lagi buku oleh pelbagai penulis yang diterbitkan. Oleh itu, anda tidak boleh terlalu berharap penerbit akan mempromosikan berhabis-habisan buku anda kecuali anda adalah selebriti hiburan, tokoh politik ataupun orang ternama.

Biasanya, penerbit mempunyai bajet yang terhad bagi tujuan promosi. Bagi menjimatkan kos promosi, penerbit terpaksa memilih buku yang mereka sasar dapat menjadi best-seller sahaja. Bagi buku yang penerbit sasar menjadi best-seller, mereka mempromosi buku itu lebih daripada buku-buku yang lain. Poster-poster khas dibuat bagi judul yang dipilih berserta foto wajah penulis. Pendek kata penerbit tidak akan teragak-agak berbelanja besar bagi buku yang ditulis oleh selebriti, tokoh politik ataupun orang ternama kerana mereka yakin buku-buku ini boleh menjadi best-seller.

Bagi buku biasa pula, mereka akan mempromosi buku-buku secara set. Sebagai contoh, jika ada 7 buku mengenai kesihatan oleh 7 penulis berbeza, mereka akan mempromosikan buku itu sebagai set buku kesihatan. Maka dibuat poster yang memaparkan 7 kulit buku berlainan judul oleh 7 orang penulis yang berlainan dalam satu poster. Foto wajah 7 penulis itu langsung tidak diletak pada poster. Dengan kata lain 7 penulis itu berkongsi bahan promosi. Ini dapat menjimatkan kos penerbit.

Apabila senario mempromosi penulis ataupun buku tertentu sahaja, sudah tentu ada buku yang akan tercicir daripada segi promosi. Ini menyebabkan tidak ramai pengguna tahu mengenai buku itu. Secara tidak langsung jualan buku kurang.

Sebaliknya, jika anda sendiri menerbit buku anda, tanggung-jawab promosi semestinya di bahu anda. Anda kenal siapa sasaran pembeli buku yang anda tulis dan di mana anda perlu mempromosikannya. Anda tidak perlu sibuk mempromosi buku orang lain.

Jika sebuah buku sahaja yang anda terbit, anda boleh fokus sepenuhnya mempromosi buku anda sama ada dengan memberi ceramah, bengkel, mempromosi di internet, melalui emel dan banyak lagi cara. Sudah tentu promosi habis-habisan yang anda lakukan dapat menarik minat ramai pengguna membeli buku anda. Tidak mustahil jualan buku anda berlipat kali ganda daripada jualan yang boleh dibuat oleh penerbit.



5. Kuasa Penerbitan di Tangan Anda

Lazimnya penerbit memiliki kuasa penuh dalam menentukan saiz buku, rekabentuk kulit dan teks dalam, harga, judul, jumlah cetakan dan lain-lain. Biasanya ini termaktub dalam perjanjian penerbitan. Mengapakah penerbit hendak memegang kesemua kuasa penerbitan?

Jika penerbit tidak memegang kuasa penerbitan sepenuhnya, besar kemungkinan, buku penulis tidak akan terbit ataupun lambat terbit. Apa tidaknya, masing-masing memiliki cita rasa yang berbeza. Penulis hendak putih, penerbit hendak hitam. Akhirnya penerbit terpaksa mengguna kuasa veto bagi menyelesaikan masalah.

Walaupun demikian, masih ada penerbit yang bersikap tolak ansur dan bersedia mendengar dan menerima cadangan penulis. Ini bergantung pada bagaimana penulis dapat melembutkan hati penerbit.

Adakah perkara seperti ini akan berlaku jika anda terbit sendiri? Sudah tentu tidak. Anda bebas menentukan rekabentuk kulit buku anda, berapa harganya, saiz, tebal, warna, jumlah cetakan dan sebagainya. Itulah lebihnya jika anda sendiri menjadi penerbit buku anda.



6. Anda Mendapat Potongan dan Tolakan Cukai Pendapatan

Tahukah anda, royalti yang anda terima hasil daripada jualan buku dikecualikan daripada dikenakan cukai. Jumlah maksimum royalti yang dikecualikan cukai ialah sebanyak RM20,000. Oleh itu, jika anda menerbit buku dengan penerbit, hasil royalti anda dikecualikan cukai.

Tetapi, apabila anda menerbit sendiri buku anda, anda bukan sahaja dikecualikan cukai bagi royalti yang diterima. Bahkan anda berhak menolak belanja yang dikeluarkan daripada cukai pendapatan.

Apabila anda menerbit dan menjual sendiri buku anda, anda dianggap menjalankan perniagaan. Pendapatan yang anda perolehi hasil menjual sendiri buku dianggap sebagai pendapatan berpunca daripada perniagaan. Oleh itu, sebarang belanja yang anda keluarkan dalam menjalankan perniagaan boleh ditolak cukai.

Sebagai contoh jika anda menggunakan rumah kediaman anda sebagai premis perniagaan, segala bil air, elektrik, cukai tanah, cukai pintu, sewa, faedah pinjaman, kos ubahsuai dan selenggara rumah boleh ditolak daripada cukai pendapatan. Begitu juga jika anda mengguna kenderaan, segala belanja petrol, tol, kos membaiki dan menyelenggara serta insurans boleh ditolak.

Selain daripada itu, antara belanja lain yang boleh ditolak cukai ialah bil telefon, belanja hotel, gaji pekerja, derma, belanja keraian, komputer, dan lain-lain lagi.

Namun begitu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mensyaratkan, sebelum individu layak menolak belanja perniagaan daripada cukai, dokumen dan bukti bertulis perlu ada sebagai sokongan. Jika tidak, belanja yang dibuat tidak boleh ditolak dan anda mungkin dikenakan penalti. Antara contoh dokumen itu ialah resit, inbois, dan lain-lain.

7. Meningkatkan Semangat dan Motivasi Diri Anda

Bayangkan diri anda berjumpa daripada satu penerbit ke penerbit yang lain, akhirnya tidak ada satupun penerbit yang hendak menerbitkan manuskrip anda. Bahkan lebih teruk lagi, anda mungkin dihina dan diejek oleh penerbit mengatakan manuskrip anda tidak layak diterbitkan. 

Bagaimanakah perasaan anda ketika itu? Sudah tentu anda berasa terhina. Semangat dan motivasi diri pasti jatuh merudum. Dan lebih teruk lagi, mungkin situasi itu mematahkan semangat anda bagi terus menulis buat selama-lamanya.

Jika anda menerbit sendiri buku anda, tidak ada isu manuskrip anda ditolak oleh penerbit. Tiada siapa yang hendak menghina anda. Apabila buku anda terbit, sudah tentu anda berbangga kerana hasil penat lelah anda, akhirnya buku anda terbit seperti yang dirancang dan dikehendaki. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan semangat anda bagi terus berkarya dan berusaha mempromosi buku anda kepada pengguna.


8. Boleh Terbit Apa Sahaja Buku yang Anda Mahu

Anda tidak perlu lagi risau sama ada buku yang anda tulis boleh terbit ataupun tidak. Ini kerana anda terbit sendiri. Anda yang keluarkan belanja. Anda bukan mengharap belas kasihan daripada penerbit.

Penerbit mungkin menolak buku anda kerana sasaran pembacanya yang kecil. Akan tetapi anda lebih tahu siapa sasaran pembaca anda. Apabila anda terbit sendiri buku anda, sudah tentu anda akan berusaha memasarkan buku itu bersungguh-sungguh kepada pembaca sasaran. Ini termasuklah melalui internet, kedai buku, mail order dan sebagainya.

Dengan cara menerbit sendiri juga membolehkan anda berkongsi idea, ilmu, maklumat, pengalaman dan kreativiti dengan lebih ramai orang.
 
9. Anda Menjadi Pakar dalam Bidang yang Anda Tulis

Sesetengah individu menulis buku kerana mahu dianggap pakar. Apabila anda menerbit sendiri buku, secara automatik anda dianggap pakar dalam bidang yang anda tulis. Anda akan dihormati kerana berkongsi ilmu yang ditulis. Ini secara tidak langsung membantu anda memperoleh pendapatan tambahan sebagai penceramah, jurulatih, konsultan dan sebagainya.

Jika anda memiliki bisnes, buku anda itu pasti dapat membantu memperkenal dan memperkembangkan lagi bisnes serta dihormati oleh para pelanggan. Dengan kata lain, buku anda menjadi alat pemasaran yang berkesan dan efektif. Buku anda secara tidak langsung mempromosi diri anda sebagai pakar dalam bidang yang dipilih. Ini membantu anda mencapai matlamat yang diimpikan.



Adakah Terbit Sendiri Buku Perkara Baru di Malaysia?
 
Di Malaysia sendiri, semakin ramai penulis yang menerbit sendiri buku mereka. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan mereka menerbit sendiri sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Antara penulis yang menerbit sendiri buku mereka ialah Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said melalui syarikat yang ditubuhkan sendiri iaitu Wira Bukit Sdn. Bhd. Sebelum ini kebanyakan karya-karya beliau diterbitkan oleh penerbit-penerbit besar seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin kenal dengan penulis novel Ahadiat Akashah yang terkenal dengan novel beliau Budak Setan satu masa dahulu. Nama beliau tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penulis novel paling banyak di Malaysia iaitu melebihi 70 judul. Pada awalnya beliau juga menerbit novel dengan penerbit tempatan. Selepas itu beliau mula mempelajari teknik menerbit sendiri buku dan menerbitkan dari rumah beliau sendiri. Selain novel sendiri, beliau turut menerbitkan novel penulis lain.

Seorang lagi novelis yang kini sedang meningkat naik namanya ialah Faisal Tehrani. Akibat tidak berpuas hati dengan jualan buku beliau yang diterbitkan oleh salah sebuah penerbit terkenal, beliau mengambil keputusan menerbit sendiri novel beliau berjudul Tunggu Teduh Dulu. Beliau berjaya menjualnya secara terus kepada peminat beliau melalui internet.

Selain penulis-penulis novel yang menerbit sendiri novel mereka, ada juga penulis buku bukan fiksyen yang menerbit sendiri buku. Sebagai contoh Puan Ainon Mohd. Satu ketika dahulu, beliau adalah jurulatih mengenai pemikiran lateral. Banyak buku mengenai kemahiran berfikir ditulis oleh beliau bersama Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan diterbitkan dengan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Selepas berhenti menjadi jurulatih, beliau menceburi bisnes penerbitan buku dengan menubuhkan syarikat bernama PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS).

Pada peringkat awal PTS hanya menerbitkan karya Puan Ainon Mohd. dan Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Selepas beberapa ketika PTS mula menerbitkan karya-karya penulis tempatan lain. Kini PTS makin berkembang dengan menubuhkan beberapa anak syarikat yang fokus menerbitkan buku mengikut bidang tersendiri. Antaranya PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. yang menerbit buku bisnes dan pendidikan, PTS Millennia Sdn. Bhd. menerbit buku motivasi, PTS One Sdn. Bhd. menerbit buku bacaan kanak-kanak dan remaja, PTS Islamika menerbit buku agama, PTS Fortuna menerbit fiksyen, dan PTS Litera Utama Sdn. Bhd menerbit karya terjemahan best-seller antarabangsa.

Pernahkah anda mendengar nama Azizi Ali? Beliau adalah seorang konsultan dalam bidang kewangan peribadi dan sudah menerbitkan beberapa buah buku mengenai kewangan peribadi. Buku-buku itu beliau terbitkan sendiri di bawah syarikat beliau iaitu TrueWealth Sdn. Bhd. Syarikat beliau juga turut menerbitkan buku-buku hasil tulisan penulis lain. 

Di kalangan pensyarah IPT pula, memang ramai yang mengambil inisiatif menerbit sendiri buku sebagai rujukan pelajar mereka. Sebenarnya, jika anda seorang pensyarah dan mengajar banyak kelas bagi satu-satu subjek setiap semester, inilah peluang buat duit. Ini kerana menerbit dan menjual buku rujukan kepada pelajar IPT memang mudah. Anda tidak perlu pening kepala memikirkan bagaimana hendak menjual buku yang diterbitkan kerana pembelinya sudah ada. Cuma perlu wajibkan sahaja setiap pelajar membeli buku yang anda terbitkan itu. Anda juga sebenarnya membantu mengelakkan pengaliran keluar wang negara kepada penerbit dari luar negara akibat membeli buku rujukan terbitan mereka.


Bagaimana Senario Terbit Sendiri di Luar Negara?

Menerbit sendiri buku bukan perkara baru di luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Banyak buku terlaris asalnya diterbit sendiri oleh penulisnya. Sebagai contoh, buku What Colour Is Your Parachutte? diterbitkan sendiri oleh Richard Nelson Bolles pada tahun 1970. Buku ini sudah terjual lebih 8 juta naskhah, dan purata 1,000 naskhah sehari terjual serata dunia dan diterjemah ke dalam sepuluh bahasa.

Jika anda pengurus, anda mungkin pernah mendengar ataupun membaca buku The One Minute Manager. Buku hasil tulisan Kenneth Blanchard dan Spencer Johnson ini juga salah satu contoh buku yang diterbit sendiri. Buku ini antara buku terawal kategori bisnes yang memperkenalkan teknik pengurusan praktikal dalam bentuk cerita.

Pada awalnya kedua-dua penulis menerbit sendiri buku ini bagi digunakan dalam seminar yang mereka anjurkan. Selepas mengambil kira pendapat dan cadangan daripada peserta seminar, buku itu disemak dan diperbaiki. Akhirnya mereka berjaya menjual sendiri sebanyak 20,000 naskhah sebelum diterbitkan oleh sebuah penerbit komersial dan akhirnya berjaya menjadi salah satu buku best-seller.

Satu lagi buku oleh Dr. Spencer Johnson yang beliau terbitkan sendiri ialah Who Moved My Cheese? Buku setebal 94 halaman yang hanya mengisahkan 4 ekor tikus ini berjaya menjadi karya best-seller kategori bukan fiskyen di Publishers Weekly selama 64 minggu. Saya yakin anda pernah mendengar judul buku ini kerana ianya pernah menduduki carta buku best-seller di kedai buku MPH tahun 2007.

Contoh buku-buku lain yang berjaya menjadi best-seller dan terjual berjuta-juta naskhah ialah 50 Simple Things You Can Do to Save the Earth terjual sebanyak 4.5 juta naskhah, How to Keep Your Wolkswagen Alive terjual sebanyak 2.2 juta naskhah, Leadership Secrets of Atilla the Hun, terjual melebihi setengah juta naskhah, dan Final Exit terjual melebihi setengah juta naskhah juga.

Penulis-penulis yang menghasilkan buku di atas menerbit sendiri dan memiliki kuasa sepenuhnya bagi memastikan buku mereka berjaya menjadi best-seller. Boleh dikatakan banyak penulis di barat menerbit sendiri buku mereka. Apabila buku mereka menjadi best-seller, dengan pantas penerbit-penerbit terkenal menyambar penulis ini menawarkan kontrak penerbitan dengan syarikat penerbitan masing-masing.


Bayangkan Apabila Anda Berjaya Menerbit Sendiri Buku
 
Saya sendiri sebelum menerbitkan buku sendiri, bekerja makan gaji seperti kebanyakan orang. Jika ikutkan, saya ada peluang menerbit buku dengan syarikat di mana saya bekerja iaitu PTS. Tetapi saya memilih menerbit sendiri buku itu melalui syarikat yang saya tubuhkan. Mengapa? Senang sahaja. Pulangannya lebih besar dan cepat jika dibandingkan terbit dengan penerbit. Bagaimana saya tahu? Jawapannya anda sendiri tahu iaitu saya bekerja menerbitkan buku penulis. Sudah tentu saya tahu segala aspek mengenai penerbitan buku.

Banyak perkara berubah sejak saya menerbitkan buku pertama saya itu iaitu 'Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku'. Paling ketara aspek kewangan. Boleh dikatakan ia menambah pendapatan saya. Hidup tidak lagi stres kerana wang tidak menjadi masalah. 

Hampir setiap hari duit masuk ke dalam akaun hasil bayaran pelanggan yang membeli buku yang saya terbitkan. Purata ada 3 pesanan yang saya terima setiap hari. Bayangkan jika setiap hari anda juga dapat menambah pendapatan seperti saya. Jika 3 orang yang memesan buku anda yang berharga RM40 setiap satu, bermakna anda mendapat pendapatan tambahan RM120 sehari. Sebulan paling tidak anda mendapat RM3,600 (RM120 x 30 hari = RM3,600). 

Selain pendapatan hasil jualan buku, saya juga turut menerima jemputan bagi memberikan ceramah dan mengendalikan bengkel. Sudah tentu ini juga menambah pendapatan saya. Dengan kata lain, apabila anda ada buku, anda dianggap pakar dalam bidang yang anda tulis. Secara tidak langsung banyak pihak nanti berminat menjemput anda bagi menyampaikan ceramah atau mengendalikan bengkel berkaitan.

Sila lihat bukti transaksi melalui akaun syarikat saya iaitu MNS Infobiz Consultancy seperti di bawah.



Ini hanyalah pendapatan melalui jualan buku di internet. Apa kata jika anda menjual juga buku anda itu di kedai-kedai buku terkenal seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan Borders? Bagaimana pula jika anda turut menjual buku yang anda terbit kepada peserta ceramah ataupun bengkel yang anda anjurkan? Sudah tentu pendapatan tambahan melebihi pendapatan tetap anda.

Bagaimana dengan anda? Yang pasti, apabila anda sudah berjaya mencipta pendapatan tambahan, kewangan keluarga anda juga bertambah baik. Jika dahulu banyak keinginan anda terpaksa ditangguhkan, selepas buku terbit dan bisnes buku anda berjalan lancar, kewangan anda juga pasti bertambah baik.

Apabila bisnes buku yang anda terbitkan sendiri berjaya, anda sudah tidak perlu risau mengenai wang lagi.


Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku
 

Bagaimana? Sudah timbul minat hendak terbit sendiri buku yang anda tulis? Sudah nampak apa kelebihan menerbit sendiri buku anda? Sudah terbayang di minda anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan? Sudah nampak bagaimana menjual buku yang anda tulis dan terbit boleh menjadi satu bisnes yang menguntungkan?
 
Adakah anda sudah bersedia menerbitkan sendiri buku anda? Jika begitu, dapatkan segera buku yang saya tulis khusus buat anda yang berjudul 'Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku'. Buku ini ditulis khas bagi memberi panduan kepada anda langkah demi langkah bagaimana menerbitkan buku. Buku yang bakal anda terbitkan itu boleh sama ada dalam bentuk buku fizikal ataupun e-book.
 
Mengapa saya terbitkan buku ini? Ini antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Ini kerana ramai mengetahui saya sekarang bertugas sebagai pengurus penerbitan di sebuah syarikat penerbitan yang ternama. Tetapi apabila terbitnya buku ini, ia seolah-olah tidak menggalakkan penulis menerbit buku dengan penerbit buku. Sebaliknya menggalakkan penulis menerbit sendiri.
 
Idea menulis buku ini timbul apabila saya melihat banyak manuskrip penulis yang terpaksa saya tolak sedangkan ianya ada potensi untuk dijual. Saya tahu memang ramai penulis kecewa apabila manuskrip mereka ditolak penerbit. Tetapi banyak sebab mengapa penerbit menolak manuskrip. Antaranya ialah kerana manuskrip itu tidak sesuai dengan jenis buku yang penerbit terbitkan. Sebagai contoh, anda menghantar manuskrip mengenai buku masakan kepada penerbit buku agama. Sudah tentu manuskrip anda itu ditolak mentah-mentah.
 
Timbul pula rasa simpati kepada penulis. Ini kerana apabila saya terpaksa tolak manuskrip penulis, saya tertanya-tanya sendiri di mana pula penulis itu hendak terbitkan manuskripnya. Ini kerana tidak banyak penerbit buku di Malaysia yang menerbitkan buku untuk bacaan umum. Penerbit buku teks dan buku kerja memang banyak. Jadi ada kemungkinan peluang penulis itu untuk menerbitkan manuskripnya dengan penerbit lain tipis. Dengan kata lain, mungkin manuskripnya itu tidak akan terbit buat selama-lamanya. 
 
Daripada situ, timbullah idea hendak membukukan cara-cara bagaimana menerbitkan buku. Dengan adanya buku ini nanti dapat membantu ramai penulis yang tidak berpeluang menerbit buku dengan penerbit supaya dapat menerbit sendiri buku mereka.
 
Selepas membaca buku ini anda akan tahu bagaimana:

Menyunting manuskrip
Membuat rekabentuk halaman buku
Membuat rekabentuk kulit buku
Memohon ISBN dan CIP daripada Perpustakaan Negara Malaysia
Menulis blurb di belakang kulit buku
Berurusan dengan pencetak buku
Membuat anggaran kos menerbit dan kira-kira untung rugi
Menetapkan harga buku
Mempromosi buku
Menjual dan mengedar buku
Membuat e-book

Apa yang paling penting ialah, selepas anda menguasai teknik menerbit sendiri buku, anda boleh:

Menjimat dan meminimumkan kos menerbitkan buku anda serendah yang mungkin
Melipat gandakan untung anda hasil daripada jualan buku sama ada melalui kedai buku ataupun internet
Menerbitkan buku anda dalam tempoh sesingkat 2 minggu
Menghasilkan buku yang kelihatan cantik dan profesional setaraf dengan buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit ternama
Mendapatkan nombor ISBN dan CIP secara percuma tanpa perlu bayar satu sen pun

Isi Kandungan Buku

Dedikasi v
Penghargaan vii
Prakata xv
Mengapa Buku Ini Diterbitkan? xvii


1. Memahami Terbit Sendiri 1
  • Apa Itu Terbit Sendiri? 1
  • Mengapa Terbit Sendiri? 3
  • Apa Objektif Anda Terbit Sendiri Buku? 3
  • Alasan-alasan Tidak Wajar Terbit Sendiri Buku 5
2. Kelebihan Terbit Sendiri 8
  • Mendapat Lebih Banyak Duit 8
  • Lebih Cepat Dapat Duit 11
  • Buku Terbit Lebih Cepat 11
  • Jualan Buku Dapat Dilipat Gandakan 12
  • Kuasa Penerbitan Di Tangan Anda 14
  • Potongan Dan Tolakan Cukai Pendapatan 15
  • Meningkatkan Semangat Dan Motivasi Diri 16
  • Boleh Terbit Apa Sahaja Buku Yang Anda Mahu 16
  • Menjadi Pakar Dalam Bidang Yang Anda Tulis 17
3. Cabaran Terbit Sendiri 18
  • Perlu Keluarkan Sendiri Belanja Menerbit 18
  • Komitmen Masa Dan Tenaga 18
  • Sukar Masuk Kedai Buku 19
  • Sukar Menjual Dan Memasar Sendiri Buku 19
4. Buku yang Sesuai Diterbit Sendiri 20

5. Senario Terbit Sendiri Buku di Malaysia 22

6. Senario Terbit Sendiri Buku di Luar Negara 25

7. Anda Pensyarah? Terbit Sendiri Buku Rujukan untuk Pelajar Anda 27

  • Menulis Buku Satu Kemestian Bagi Pensyarah 27
  • Mengapa Anda Perlu Terbit Sendiri Buku 28
  • Mengapa Tidak Ramai Pensyarah Terbit Sendiri Buku Mereka? 31
  • Buku Rujukan Bagaimana Yang Sesuai Diterbitkan Sendiri Di Peringkat IPT 31
  • Bagaimana Jika Anda Tidak Ada Modal Untuk Cetak Buku? 32
  • Adakah Buku Terbit Sendiri Diiktiraf Untuk Naik Pangkat? 33
8. Anda Penceramah ataupun Jurulatih? Tambah Pendapatan dengan Terbit Sendiri Buku 35
  • Mengapa Anda Perlu Terbit Buku? 36
  • Mengapa Anda Perlu Terbit Sendiri Buku Anda Itu? 37
  • Apa Yang Perlu Anda Buat? 38
9. Proses Terbit Sendiri 39

10. Menyunting Manuskrip 41

  • Menyunting Sendiri Manuskrip Anda 43
  • Kamus Sebagai Teman Semasa Membuat Suntingan 44
  • Menggunakan Perisian Khas Bagi Membuat Suntingan 45
  • Mengupah Editor Bagi Menyunting Manuskrip Anda 46
  • Memahami Tugas Dan Tanggungjawab Editor 46
  • Berapakah Kos Mengupah Editor? 47
  • Di Mana Hendak Cari Editor Berpengalaman? 48
11. Struktur Buku Mengikut Gaya Dewan 50
  • Bahagian Awalan 51
  • Bahagian Teks 54
  • Bahagian Akhiran 54
12. Membuat Rekabentuk Halaman 57
  • Membuat Sendiri Rekabentuk Halaman 58
  • Memilih Dan Menentukan Rekabentuk Halaman Buku Anda 58
  • Apakah Perisian Yang Biasa Digunakan Bagi Membuat Rekabentuk Halaman? 60
  • Bagaimana Mengupah Artis Grafik Profesional 62
  • Mencari Pereka Grafik Bagi Membuat Rekabentuk Buku Anda 63
  • Di Mana Hendak Cari Pereka Grafik 63
  • Bila Sepatutnya Anda Mula Cari Pereka Grafik? 64
  • Menilai Pereka Grafik 65
  • Kadar Bayaran 66
  • Berapa Ramai Pereka Grafik Yang Anda Perlukan? 67
  • Beritahu Pereka Grafik Rekabentuk Bagaimana Yang Anda Mahu 67
  • Minta Pereka Grafik Mencetak Pruf 68
13. Membuat Rekabentuk Kulit 69
  • Apakah Perisian Yang Sesuai Bagi Membuat Rekabentuk Kulit 69
  • Bagaimana Jika Anda Hendak Mengupah Pereka Grafik 70
  • Jenis-jenis Rekabentuk Kulit Buku 70
  • Rekabentuk Menggunakan Tipografi 71
  • Rekabentuk Menggunakan Kombinasi Tipografi dan Imej 73
  • Apa Perlu Ada Pada Kulit Hadapan Buku Anda? 74
  • Apa Perlu Ada Pada Kulit Belakang Buku Anda? 75
  • Apa Perlu Ada Pada Tulang Belakang Buku Anda? 77
  • Bagaimana Menghasilkan Judul Buku Yang Menarik 78
14. Bagaimana Menulis Blurb Buku 79
  • Apa Itu Blurb? 79
  • Apa Pentingnya Blurb? 80
  • Tip Menulis Blurb 81
15. Memohon ISBN dan PDP 83
  • Mengenali Nombor ISBN 83
  • Apa Pentingnya Nombor ISBN 83
  • Skop ISBN 84
  • Struktur ISBN 84
  • Di Mana Diletak Nombor ISBN 85
  • Mendapatkan Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP) 86
  • Apa Faedah PDP? 86
  • Cara Memohon 86
  • Contoh PDP 87
  • Cara Memohon ISBN Dan PDP 87
16. Cetak Secara Offset 88
  • Pendahuluan 88
  • Kelebihan Dan Kekurangan 88
  • Kekurangan Mencetak Secara Offset 89
  • Di Mana Hendak Cari Pencetak? 89
  • Tip Memilih Pencetak Buku Anda 90
17. Cetak Secara Digital 92
  • Kelebihan 92
  • Kekurangan 93
  • Kesesuaian 93
  • Di Mana Pusat Cetakan Digital 93
18. Teknologi CTP 94
  • Pengenalan 94
  • Kelebihan Teknologi CTP 95
  • Kekurangan 97
  • Di Mana Ada Teknologi CTP 98
19. Memahami Spesifikasi Cetakan Buku 99
  • Pendahuluan 99
  • aiz Buku 100
  • Kulit Keras Ataupun Kulit Lembut 100
  • Jenis Kertas Untuk Kulit Buku Dan Teks Halaman 101
  • Jenis Cetakan 102
  • Jenis Binding 103
  • Finishing Kulit 104
20. Meminta Sebut Harga daripada Pencetak 106
  • Apa Perlu Ada Dalam Surat Minta Sebut Harga? 106
  • Tip-tip 109
21. Membuat Anggaran Kos dan Untung Rugi 111

22. Menetapkan Harga Buku 115

  • Bagaimana Menetapkan Harga Buku 115
  • Mengapa Anda Perlu Letak Harga Pada Kulit Buku? 117
23. Bagaimana Buku Diedarkan di Pasaran 118
  • Pasaran Tradisional 119
  • Pasaran Bukan Tradisional 122
  • Diskaun 124
  • Jual Buku Cara Consignment 125
  • Kredit 126
  • Bagaimana Memilih Cara Terbaik Mengedar Dan Menjual Buku Anda? 126
  • Target Pembeli Buku Anda 128
24. Bagaimana Mempromosi Buku 129
  • Kos Mengiklan 129
  • Antara Iklan Dan Publisiti 130
  • Promosi Buku Memakan Masa 130
  • Buat Analisa Target Pasaran Buku Anda 131
  • Apa Hendak Buat Apabila Buku Sudah Terbit? 132
  • Bentuk Publisiti Dan Promosi 133
25. E-book Sebagai Alternatif 140
  • Apa Itu E-book 140
  • Siapa Sebenarnya Yang Membaca E-book? 141
  • Kelebihan E-book 142
  • Kekurangan E-book 143
  • Bagaimana Menghasilkan E-book? 144
  • Berapa Hendak Letak Harga E-book? 145
  • Bagaimana Menjual Dan Mengedar E-book Anda? 145
Penutup 146

Biodata Penulis 147

  • Latar Belakang Pendidikan 147
  • Pengalaman Kerja 148
  • Kelayakan Lain 149
Bibliografi 151


Siapa Saya?
 
Mungkin anda tertanya-tanya siapa diri saya? Apakah kelayakan yang saya miliki? 
 

Nama saya Nazrul Samsudin. Saya adalah Timbalan Pengurus Pemasaran di Jabatan Pemasaran, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Tugas saya ialah merancang dan memantau aktiviti pemasaran buku-buku terbitan PTS di internet.

Sebelum menjawatan jawatan sekarang saya bertugas sebagai Pengurus Penerbitan di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (PTS Pro). Syarikat yang saya uruskan ini fokus menerbitkan buku kategori bisnes, pengurusan dan pendidikan dalam bahasa Melayu untuk pasaran di kedai buku dan juga sektor sekolah. 

 

 

Jika anda ke kedai-kedai buku utama seluruh negara seperti MPH, Popular dan lain-lain, perhatikan di rak-rak buku bisnes dan pengurusan dalam bahasa Melayu, kebanyakan buku di rak itu diterbitkan oleh PTS Pro.


Berikut latar belakang pendidikan saya:


  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari UIAM pada tahun 2002
  • Ijazah Sarjana Undang-undang Perbandingan juga dari UIAM pada tahun 2004
  • Sijil Pengurusan Syarikat dari Pusat Undang-undang, Kulliyah Undang-undang, UIAM pada 2003.


Saya berkecimpung dalam bidang penerbitan buku hampir 7 tahun. Sebaik tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, saya terus dipelawa menyertai PTS. Kerjaya saya dalam bidang penerbitan bermula dari bawah. Berikut antara jawatan yang pernah saya sandang di PTS.

 

  • Jurulatih Kanan, PTS Consultants Sdn. Bhd. (Jun 2002 – Ogos 2002) - bertugas merangka modul program kem motivasi dan melatih fasilitator.
  • Editor Perolehan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.(September 2002 – Jun 2004) - merancang dan membangunkan judul buku, menjalankan penyelidikan, mengendalikan bengkel penulisan di institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi mencungkil penulis berbakat, memantau, mendorong dan memotivasi penulis.
  • Pengurus Pengeluaran, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.(Julai – Disember 2004) - mengatur jadual penerbitan buku, menyediakan kos penerbitan, berurusan dengan pencetak buku, memantau kerja editor pengurusan, menentukan rekabentuk halaman dan kulit buku.
  • Pengurus Penerbitan, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (Januari 2005 – Jun 2009) - memantau operasi penerbitan secara keseluruhan, meluluskan judul dan manuskrip yang bakal diterbitkan, menyelaraskan jadual penerbitan, menyediakan bajet penerbitan, menyelaraskan aktiviti promosi dan pemasaran buku.
  • Timbalan Pengurus Pemasaran, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.(Julai 2009 – sekarang) - merancang dan memantau aktiviti promosi da pemasaran buku-buku terbitan PTS melalui internet.
  • Pegawai Undang-undang, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (2005 – sekarang) - menasihat syarikat mengenai perkara berkaitan undang-undang hak cipta dan merangka perjanjian penerbitan syarikat.

 

Sepanjang bertugas di PTS, saya berjaya mengurus dan menerbitkan lebih daripada 350 judul buku pelbagai kategori. Antara buku yang saya sendiri bawa masuk dan menjadi bestseller ialah Rahsia Bisnes Orang Cina oleh Ann Wan Seng yang diterbitkan pada 2006 dan sehingga hari ini tercetak lebih daripada 35,000 naskhah dan menjadi bestseller di Indonesia dan terjual lebih daripada 40,000 naskhah di sana.

Saya juga sekarang bertanggungjawab menguruskan penerbitan buku terjemahan oleh penulis-penulis terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang bisnes dan pengurusan ke dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah buku oleh 
John C. MaxwellBrianTracyPhilipKotler dan Peter Drucker. Saya juga bertanggungjawab membuat urusan bagi mendapatkan hak terjemahan melalui agen-agen yang dilantik penulis-penulis berkenaan.


Selain pengalaman kerja, berikut kelayakan dan pengalaman lain:

 

  • JurulatihKelas Penulisan Popular, UNITAR Kelana Jaya – (Ogos 2005 – sekarang) - melatih para pelajar dengan teknik penulisan berkesan, teknik adaptasi, teknik terbit sendiri buku, ilmu hak cipta dan dunia penerbitan di Malaysia.
  • PengurusProjek - menerbitkan buku-buku terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) pada 2003-2004 di mana PTS dilantik sebagai kontraktor.
  • PengurusProjek – menerbitkan buku SuruhanjayaPerkhidmatan Awam Malaysia berjudul “Jejak Langkah Cenderasari ke Putrajaya” - 50 Tahun Pengalaman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 2008.
  • Pengurus Projek - menerbitkan Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa pada 2006, 2007 dan 2008.


Testimoni: Apa Kata Mereka?

En. Nazrul Samsudin mempunyai 7 tahun pengalaman menerbitkan buku. Ini termasuklah pengalaman membina judul buku bestsellermembimbing dan membangunkan penulismenyuntingmerekabentuk halaman dan kulit buku,menyediakan kos penerbitanberurusan dengan pencetakmempromosi dan juga mengedar buku yang diterbitkan.

Pengalaman praktikal menerbitkan buku yang beliau ada cukup berguna bagi sesiapa yang berhasrat menerbit sendiri buku.


PROFESOR EMERITUS DR. ABDULLAH B. HASSAN
Profesor Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)



Dengan terbitnya buku ini diharapkan dapat menjadi jalan alternatif kepada para penulis bagi menerbit buku mereka seterusnya merancakkan lagi industri penerbitan buku di Malaysia.

EN. ARIEF HAKIM SANI B. RAHMAT
Setiausaha Kehormat
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)


Jika anda berhasrat menerbit sendiri buku, inilah buku rujukan terbaik yang boleh anda jadikan panduan.

SAYID MUNAWAR B. SAYID MOHD MUSTAR
Pengacara Segmen Resensi Buku RTM1




Berbekalkan panduan dari buku tulisan Tuan Nazrul Samsudin 'Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku' saya berjaya menulis dan menerbitkan sendiri buku berjudul 'EMAS HITAM Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk buat Duit' dalam tempoh dua bulan setengah. Alhamdulillah.

Apa yang lebih menggembirakan saya, buku tersebut telah benar-benar mendapat sambutan, terutamanya dari mereka yang berkecimpung dalam industri ternakan Cacing Tanah.

Buku tersebut siap dicetak pada 25 Julai 2008 (1000 naskah) dan pada hari ini (28 Julai 2008) hanya berbaki kira-kira 150 naskah sahaja.

MOHAMAD SAAT SUKAMI
Buku Emas Hitam Resepi Menternak Cacing Tanah untuk Buat Duit
http://www.scribd.com/doc/ 4015604/Cacing-Tanah




Buku ini lahir daripada penulis yang benar-benar memiliki pengalaman dan pengetahuan bagaimana menerbitkan buku.

Jika saya pernah mendapat manfaat daripada pengalaman beliau bagi menerbitkan buku 'Jejak Langkah Cenderasari ke Putrajaya', mengapa pula tidak anda?

SALEHUDDIN MD. DAHLAN
Buku 'Jejak Langkah dari Cenderasari ke Putrajaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
www.salehuddin.wordpress.com


Saya banyak memberikan ceramah dan seminar mengenai kesihatan remaja. Sudah berpuluh-puluh kertas kerja yang saya bentangkan mengenai topik yang sama.

Selepas membaca buku En. Nazrul Samsudin, timbul idea bagi menulis, membuku dan menerbitkan sendiri hasil kajian mengenai kesihatan remaja.

Akhirnya saya berjaya menerbitkan sendiri buku pertama saya bersama dua orang lagi penulis bagi dipasar dan dijual di pasaran terbuka November 2008.

DR. RAZANA ZAKARIA
Buku 'Saya Bukan Budak Kecil Lagi'
Doktor Pakar
Klinik Razana, Shah Alam, Selangor
www.panduanremaja.com




Pembantu peribadi yang padat dengan teknik menerbitkan sendiri buku tanpa meminggirkan aspek motivasi keusahawanan. Saudara Nazrul berjaya mengisi ruang kosong dalam industri buku mengenai konsep terbit sendiri yang menjadi pertanyaan ramai orang. Saya sendiri merupakan 'produk' daripada karya beliau.

Tanpa mengira latar belakang sama ada anda seorang guru, pensyarah, usahawan petani, pelajar atau doktor, buku ini perlu dimiliki sekiranya anda berhajat ntuk menerbitkan sendiri buku.

Saya percaya buku beliau mampu membawa revolusi baru dalam industri buku dengan mewujudkan lebih ramai penuis dan penerbit persendirian. Secara tdak langsung menyuburkan kembali industri buku tanahair.


MOHD ZAIM JAAFAR
Guru
MZJ Consultancy Sdn. Bhd.
Teluk Intan, Perak
zuhrawi@hotmail.com







Tahniah atas penerbitan buku saudara. Saya sudah membaca keseluruhan kandungan buku BUAT DUIT DENGAN TERBIT SENDIRI BUKU. Untuk makluman saudara, saya seorang guru. Saya ada menulis dengan pelbagai penerbit yang menerbitkan buku latihan untuk pelajar sekolah rendah. Buku saudara memberikan inspirasi kepada saya untuk BUAT DUIT DENGAN TERBIT BUKU SENDIRI.

Selama ini saya menjual skrip kepada penerbit-penerbit dengan harga murah tanpa mendapat sesen royalti. Kini tiba masanya saya ingin terbit buku sendiri. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu dan menulis banyak buku tentang tatabahasa dan cara menulis karangan dengan baik. Saya harap saudara dapat memberi perangsang untuk saya menerbitkan buku saya sendiri. 

Hasil pembacaan buku saudara, akhirnya menguatkan semangat saya menerbitkan buku sendiri, sehingga terbitnya buku yang bertajuk " BIJAK MENGARANG ".

Terima kasih.

NOR AZIZUL BIN HARUN
anjungskrip@yahoo.com
016-
259 0089




Saya membeli buku “Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku” daripada penulis buku ini sendiri. Sebaik sahaja sampai ke tangan saya, saya membaca buku ini dari kulit ke kulit untuk memahami isi kandungan buku ini. Apa yang saya dapati:

1. Kandungan buku tersebut menepati apa yang saya perlukan untuk
menerbitkan dan menghasilkan buku sendiri

2. Olahan dan cara penyampaian mudah untuk saya fahami (step by step)

3. Diberikan tips dan panduan yang amat berguna sekiranya kita ingin
menerbit buku sendiri

4. Sekiranya saya tidak memahami akan sesuatu perkara, penulis buku ini sanggup menjawab pertanyaan baik melalui email mahupun telefon dengan senang hati

5. Tidak rugi rasanya membeli buku ini sekiranya anda bercadang memiliki buku sendiri…nama anda sendiri…hasil usaha anda sendiri!

6. Akhirnya, dengan panduan dan pertolongan yang diberikan oleh penulis buku sendiri, saya berjaya menghasilkan buku berbentuk ilmiah sendiri (tulisan bersama rakan-rakan)

HAFIZAL RAMLI
Education Consultant
http://www.HafizalRamli.com/

rustam


Selepas tamat membaca ayat-ayat terakhir pada helaian akhir buku 'Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku', saya berpendapat En. Nazrul Samsudin mengajar seseorang mengenai perniagaan paling rendah modal.

Dengan sebatang pena dan sekajang kertas, seorang penulis dapat menghasilkan tulisan yang dapat membeli dunianya, memiliki kebebasan kewangannya dan menempah syurganya jika jujur niat amalnya.

Akhirnya saya mengecapi kebebasan kewangan dengan buku pertama saya 'Rahsia & Peluang Menjadi Penternak Jutawan'.

Katakan 'Ya' bagi memiliki buku ini!
Keputusan ditangan anda. Tepuk dada, tanya selera...


AHMAD RUSTAM AMIR
Penulis
Rahsia & Peluang Menjadi Penternak Jutawan

http://www.RahsiaPenternak.com/


Berapa Nilai dan Harga Buku Ini?

Jika diikutkan, sekiranya anda hendak belajar bagaimana menerbit sendiri buku melalui seminar yang dianjurkan di luar sana, anda perlu bayar tidak kurang daripada RM1,000. Jadi adakah anda perlu bayar RM1,000 juga bagi membeli buku saya.

Tidak. Anda tidak perlu bayar RM1,000. Anda juga tidak perlu bayar RM500. Tidak juga RM100. Anda cuma perlu bayar RM30 sahaja. Ianya tidak semahal kos bagi menghadiri seminar yang dianjurkan di luar sana. Tetapi nilai buku saya ini bersamaan dengan nilai seminar di luar sana. Bahkan lebih lagi.

Bayangkan, dengan hanya membuat pelaburan serendah RM30 bagi menerbitkan buku anda, anda bakal menjana lebih daripada RM4,000 sebulan. Bahkan anda mungkin dapat lebih daripada itu.


BONUS untuk ANDA. PERCUMA!

E-book Tip Menulis Buku Bukan Fiksyen

(Bernilai RM15)


Anda hendak belajar teknik menulis buku bukan fiksyen yang berkesan? Dapatkan tip-tip penting di dalam buku yang saya tulis khas untuk anda ini.

(E-book ini akan diemel kepada anda)
E-book Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) Malaysia

(Bernilai RM15)


Sebagai penulis, anda perlu tahu apa hak anda. Semuanya terkandung di dalam Akta ini.  Akta ini menjadi rujukan peguam dan hakim di mahkamah Malaysia yang mengendalikan kes-kes hakcipta.

(E-book ini akan diemel kepada anda)
E-book Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Akta 301) Malaysia

(Bernilai RM15)


Anda hendak terbit sendiri buku anda bukan? Ini bermakna anda bakal menjadi penerbit buku. Fahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh anda lakukan sebagai penerbit buku.

(E-book ini akan diemel kepada anda)


Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Buku Ini?

Anda boleh dapatkan buku ini dengan membeli terus daripada saya melalui internet. Sila pilih salah satu daripada kaedah bayaran seperti di bawah.

Buku ini adalah dalam bentuk e-book (format pdf). Sebaik sahaja saya menerima bayaran yang anda buat, saya akan e-mel buku ini terus kepada anda.



Kaedah Bayaran
1. Pindah wang RM30 melalui Maybank2u / bank transfer

Bank Maybank
No Akaun 5620 1200 2771
Nama Syarikat MNS Infobiz Consultancy
E-mel pesanan@mns.com.my

- E-melkan makluman pindah wang kepada pesanan@mns.com.my
- E-melkan juga nama penuh anda
2.  Bayar RM30 menggunakan Mesin Deposit Tunai Maybank

Bank Maybank
No Akaun 5620 1200 2771
Nama Syarikat MNS Infobiz Consultancy
SMS 013-362 2321

- Selepas bayaran dibuat, sila e-mel ataupun sms maklumat bayaran
  yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat
- E-mel/sms juga nama penuh anda dan e-mel ke

E-mel pesanan@mns.com.my
Sms 013-362 2321

 3.  Bayar USD11 menggunakan kad kredit/PayPal (klik butang di bawah)



  • Setakat hari ini, belum ada mana-mana buku dalam bahasa Melayu yang mendedahkan cara menerbit buku secara fizikal.

  • Dengan pelaburan awal RM30, anda akan belajar dari A-Z bagaimana menerbitkan buku secara profesional sama seperti penerbit buku ternama yang ada di luar sana.

  • Dengan pelaburan awal RM30 ini juga, impian anda untuk menjana pendapatan tambahan dengan membuat bisnes buku melalui internet hanya dari rumah akan menjadi kenyataan. 

  • Bersedialah melihat wang mengalir masuk ke akaun bank anda setiap hari hasil bayaran buku yang dibuat oleh pelanggan anda. Anda mampu menjana antara RM300 - RM1,200 setiap bulan. Bahkan anda mungkin dapat lebih daripada itu.

  • Impian anda melihat buku yang anda tulis terjual di kedai-kedai buku ternama seperti MPH, Popular dan Kinokuniya pasti tercapai.



MNS Infobiz Consultancy

No. 10, Jalan Pelangi 5
Taman Pelangi
48000 Rawang, Selangor
Malaysia
Tel.: 013-362 2321
E-mel: pesanan@mns.com.my